berita

Seorang Maut, Puluhan Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Lebih 200 Kenderaan

December 29th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Satu insiden kemalangan yang luar biasa berlaku di Jambatan Sungai Kuning Zhengxin, Zhengzhou, di wilayah Henan, China membabitkan lebih 200 kenderaan.

Artikel Berkaitan: Aliran Trafik Sesak, Lima Kenderaan Terbalik Di Genting Sempah

Artikel Berkaitan: Tergelincir Akibat Tumpahan Diesel, CCTV Rakam Empat Penunggang Motosikal Jatuh & Cedera Ringan

Kabus tebal

Difahamkan, kejadian itu berlaku berpunca daripada kabus tebal berhampiran bandar Zhengzhou yang telah menghadkan jarak penglihatan pemandu. Dalam pada itu, ratusan kenderaan termasuk van dan lori bertindih antara satu sama lain hingga mengakibatkan seorang maut manakala puluhan mangsa cedera.

Di samping itu, pasukan bomba dan penyelamat dengan 11 jentera dan 66 anggota yang bergegas ke lokasi kejadian bertindak mengeluarkan ratusan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan. Bagaimanapun, keadaan yang terlalu sesak di lokasi terbabit telah menyukarkan operasi menyelamat selain kabus tebal yang menghalang penglihatan.

Pada pagi Rabu, kabus tebal tiba-tiba berlaku di Jambatan Sungai Kuning Zhengxin, menyebabkan kemalangan jalan raya yang melibatkan perlanggaran pelbagai kenderaan.

Menurut, jabatan kaji cuaca di sana, penglihatan terhad dengan jarak kira-kira 200 hingga 500 meter di kawasan berkenaan. Susulan daripada itu, laluan di jambatan terbabit telah dilencongkan. Malah orang ramai juga dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif lain mahupun merancang semula perjalanan.

Video

Sumber: BBC News & Berita RTM

SKIP THIS AD ×