berita

Gadis Maut Selepas Telan 6 Biji Pil Gugur Kandungan, Polis Tahan Teman Lelaki

April 11th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita, AA, 22, di Kepahiang, Indonesia dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai menelan pil gugur kandungan enam biji sekali gus.

Gara-gara pil keguguran

Foto: Kompas

Menerusi laporan media tempatan, seorang pegawai kerajaan di Kementerian Badan Usaha Milik Negara berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun berikutan didakwa menyebabkan teman wanitanya bertindak di luar kawalan dengan mengambil pil gugurkan kandungan.

Suspek, AN, 27, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak bagaimanapun mereka (AN&AA) dipercayai mempunyai hubungan sulit sejak beberapa bulan yang lalu. Hasil hubungan haram tersebut mangsa dikatakan mengandung sebelum bertindak memaklumkan kepada suspek.

Cemas dengan apa yang terjadi, suspek segera membeli pil gugur kandungan melalui kawannya.

Mangsa memberitahu kepada suspek bahawa dia sudah hamil 11 minggu dan disebabkan enggan bertanggungjawab kerana bimbang perkahwinannya akan berakhir, suspek segera membeli pil gugur kandungan dari rakannya.

Mula dikejarkan ke hospital

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada mengambil pil tersebut, mangsa dilaporkan mengalami pendarahan serta muntah teruk sebelum dikejarkan ke hospital. Bagaimanapun selepas tiga hari dirawat, mangsa disahkan meninggal dunia berikutan mengalami pelbagai komplikasi.

Mangsa dipercayai mengambil pil tersebut sebanyak enam biji iaitu meletakkan dua biji di bawah lidah, dua dimasukkan ke dalam kemaluan dan dua lagi dibancuh dalam minuman.

Mengulas lebih lanjut, suspek mengaku dia dan mangsa bersetuju untuk menggugurkan kandungan tersebut berikutan status mereka yang belum sah sebagai suami isteri.

Kami tahu apa yang kami lakukan itu (gugurkan kandungan) salah, namun kami memang tidak mahu anak itu.

Dua rakan kepada susek juga turut ditahan bagi membantu siasatan berikutan didakwa menjual pil gugur kandungan kepadanya.

Sumber:  Kompas

SKIP THIS AD ×