
Gambar sekadar hiasan
Seorang gadis tampil berkongsi kisah trauma berikutan menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapanya.
Artikel Berkaitan: Erma Fatima Buka Mata & Sentak Jiwa Penonton Dengan Drama ‘Keluarga Itu’ – ‘Saya Pernah Buat Cerita Poligami, Penyondol & Cinta..Dah Muak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bikin Penonton Jijik & Geli Dengan Watak Iman, Rosyam Nor Anggap Sudah Berjaya Sampaikan Dengan Baik
Sama seperti drama
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, gadis yang dikenali sebagai Lin, mendedahkan dia menerima nasib yang serupa seperti watak Dhamiah yang dilakonkan oleh Puteri Balqis dalam drama Keluarga Itu.
Saya tertarik dengan drama ini kerana sama seperti realiti hidup saya. Watak Rosyam Nor sebagai bapa haruan sama dengan apa yang saya lalui.
Saya adalah mangsa sama seperti watak Puteri Balqis bawakan, iaitu seorang anak perempuan yang ‘dimakan’ oleh bapa sendiri.
Akhirnya ada juga pengarah yang buat cerita begini sebab ada manusia yang buta hati yang tak percaya pada anak.
Bukan itu sahaja, Lin juga mendakwa dia turut menjadi mangsa penderaan fizikal oleh bapanya sendiri.
Orang luar senang berkata aib dan sejahat mana pun seorang ayah, kita perlu menghormatinya tetapi mereka tak ada ditempat saya.
Bapa tu anggap ke kita ini anak?
Sebelum ini saya pernah hilang beberapa kali dan berjalan sendirian pada waktu malam sebab sudah tak tahan dengannya.
Saya pernah dipukul dengan teruk sampai pecah pintu kedai runcit.
Tiada yang percaya
Gambar sekadar hiasan
Dalam masa yang sama, Lin meluahkan rasa sedih dan kesal kerana ibunya tidak mempercayainya.
Mak saya tak percaya pada saya, apabila saya cuba bersuara, tidak ada sesiapa pun yang percaya padahal terseksa mental dan fizikal.
Bukan sengaja mahu burukkan keluarga sendiri tapi tak akan ada anak benci bapa sendiri kecuali bersebab.
Justeru, gadis berusia 18 tahun tersebut menyeru mangsa-mangsa gangguan seksual untuk berani mempertahankan diri mereka.
Saya lalui sendiri, tiada sesiapun yang bela saya.
Jadi yang pernah kena, bangkitlah dan kena berani bersuara tentang kesalahan dia.
Sumber: TikTok