berita

Gagal Bayar Saman Sebanyak RM267, Pelajar Dakwa Dirogol Anggota Polis

January 31st, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Remaja dirogol

Gambar sekadar hiasan

Seorang pelajar di Thailand mendakwa dirinya dirogol oleh pegawai polis selepas dia gagal membayar denda kerana tidak mengemukakan lesen memandu.

Artikel Berkaitan: Pelajar Dakwa Dirogol Penjawat Awam Beruniform

Gagal bayar denda

Guru Tuisyen Rogol

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Thaiger News, ketika kejadian, mangsa ditahan oleh pegawai tersebut kerana tidak mempunyai lesen memandu dan suspek meminta mangsa untuk membayar denda sebanyak 2,000 baht (RM267.08).

Namun, mangsa gagal untuk membayar denda tersebut. Pelajar itu didakwa diserang secara seksual di sebelah balai polis.

Kisah tersebut menjadi tular di Thailand apabila laman terkenal Saimai Survive mendedahkan tentang kisah pilu pelajar tersebut sehingga mencetuskan bantahan daripada orang ramai.

Susulan itu, Timbalan Pesuruhjaya Jeneral Surachate Hakparn akan menyiasat kejadian tersebut dan memastikan fakta kes itu.

Pihak berkuasa telah menjalankan siasatan menyeluruh dan akan memberikan laporan terperinci tentang kejadian itu.

Sumber: Thaiger News

SKIP THIS AD ×