berita

Gagal Kawal Keadaan, Penerjun Udara Maut Ketika Buat Persembahan

October 28th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Seorang penerjun udara profesional maut selepas terhempas semasa melakukan terjunan 1,000 kaki di udara ketika membuat persembahan sebelum perlawanan bola sepak di Tennessee, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Payung Terjun Gagal Terbuka, Gadis Cantik Maut Terjatuh Dari Ketinggian 1000 Meter

Artikel Berkaitan: Aksi Abang Bomba Tendang Masuk Wanita Cuba Terjun Dari Tingkap Raih Pujian Netizen

Detik ngeri terjunan udara gagal

Menurut laporan The Sun, mangsa Richard Sheffield, 55, mengambil bahagian dalam pertunjukan aksi profesional terjunan udara sebelum perlawanan bola sepak di Tennesse berlangsung pada Jumaat.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semasa penerjun udara berpengalaman itu sedang membuat persembahan bagi  ‘memukau’ orang ramai semasa pertandingan persaingan tahunan Washington County antara dua sekolah.

Menurut sumber, mangsa bersama sekumpulan pasukan payung terjun, dikenali Jump TN di Sekolah Tinggi David Crockett di Jonesborough melakukan terjunan setinggi 1,000 kaki. Namun, mangsa didapati gagal mengawal keadaan dan tidak dapat membuat aksi yang dirancang, lalu merempuh kawasan di belakang stadium yang penuhi dengan penonton.

Sementara itu, kejadian ngeri tersebut dirakam oleh WJHL-TV yang memaparkan mangsa berputar di langit sehingga membuatkan penonton menjerit ketakutan dan panik. Insiden tersebut telah membuatkan stadium yang dipenuhi penonton itu terdiam seketika sebelum perlawanan yang ditangguhkan bermula semula.

Turut difahamkan, mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia sejurus menerima rawatan.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×