berita

Aksi Abang Bomba Tendang Masuk Wanita Cuba Terjun Dari Tingkap Raih Pujian Netizen

October 17th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Tindakan pantas anggota bomba di Jepun untuk menyelamatkan seorang wanita daripada cubaan membunuh diri dengan menendangnya masuk ke dalam rumah berjaya mencuri perhatian warganet di media sosial.

Artikel Berkaitan: Abang Bomba Tolong! Cincin Tersangkut Dekat Punai

Artikel Berkaitan: Ozlynn Bergambar Dengan Abang Bomba Sado, Kapsyen IG Tetap Puji Johan

Tindakan bijak bomba

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, kelihatan seorang wanita yang memakai baju serba hitam itu sedang duduk di tebing tingkap dengan kakinya terjulur keluar dari bangunan. Anggota bomba yang turun dari tingkat atas, diikat dengan tali keselamatan bertindak menendang wanita itu masuk semula ke dalam rumah untuk mengelakkannya daripada terjun ke bawah.

Tindakan bijak dan pantas anggota tersebut untuk menyelamatkan nyawa wanita berkenaan mendapat pujian daripada warganet yang menyaksikan kejadian itu. Meskipun rata-rata netizen kagum dengan teknik yang digunakan, namun ada juga yang mempersoalkan integriti anggota bomba berkenaan.

Video

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×