berita

Gajah Perang Akhirnya Dibaham Harimau Malaya, Sumareh Jaring Gol Kemenangan

November 14th, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 bagi Kumpulan G di Stadium Nasional Bukit Jalil dibanjiri ratusan penyokong dari negara Thailand dan Malaysia sendiri. Ternyata skuad negara di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe telah membuktikan pasukan ini mampu memberikan saingan hebat kepada pihak lawan apabila berjaya menumpaskan pasukan Thailand dengan jaringan goal 2-1.

Berjaya bolosi gawang Thailand

Kejayaan pasukan negara pada itu telah membolehkan pasukan Harimau Malaya mengumpul 6 mata daripada empat perlawanan sebelum ini. Pada minit ketujuh perlawanan separuh masa pertama telah menyaksikan Chanatip Songkrasin menjaringkan goal sulung pasukan itu. Bagaimanapun, skuad negara bangkit dengan penyamaan jaringan goal dari Brendan Gan pada minit ke-26.

Harimau Malaya terus mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya membolosi gawang Gajah Perang hasil sumbangan Sumareh pada minit ke-56 di separuh masa kedua. Bagi perlawanan seterusnya pasukan negara dijadual bertembung dengan perlawanan bersama Indonesia pada 19 November nanti dalam peringkat kumpulan.

Aksi penuh lincah

Sumber: Harian Metro (Arena)

The following two tabs change content below.