berita

‘Gaji Kami 30 Sen Je Sehari..’ – Bekas Banduan Kongsi Pengalaman ‘Bekerja’ Di Dalam Penjara

February 11th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan, setiap manusia di muka bumi ini tidak lari dari melakukan kesilapan. Begitulah juga yang dilalui oleh individu ini apabila dia dikatakan tidak diterima bekerja hanya kerana statusnya sebagai bekas banduan. Malah, disebabkan stigma masyarakat yang memandang rendah terhadap bekas banduan membuatkan kehidupan mereka di luar sana lebih ‘menderita’.

Semua kerja kena reject

Gadis yang dikenali dengan nama Iamnaddy_ada berkongsi beberapa screenshot perbualannya bersama seorang bekas banduan. Menurut gadis ini, lelaki tersebut mendakwa sukar untuk memperoleh kerja di Malaysia lebih-lebih lagi dengan statusnya sebagai bekas banduan.

Tambahnya lagi, dia sudah cuba memohon pelbagai jenis pekerjaan termasuk tukang cuci tetapi sehingga sekarang dia masih belum diterima bekerja.

‘Gaji kami 30 sen je sehari..’

Bercerita dengan lebih lanjut, individu ini berkongsi pengalamannya bekerja sepanjang berada di dalam penjara yang didakwa agak memenatkan dengan gaji 30 sen sehari jika dibandingkan bekerja di luar, mereka boleh memperoleh antara RM150 hingga RM200 sehari.

Menurut individu ini lagi, memang tak dinafikan kebanyakan bekas banduan ingin berubah ke arah yang lebih baik dan membina kehidupan baru tetapi mereka ini dikatakan tidak diberikan peluang berbuat demikian. Difahamkan, kebanyakan majikan juga didakwa enggan mengambil mereka bekerja kerana berstatus bekas banduan.

Tak semua tahu keadaan dalam penjara

Jelasnya lagi, semasa di dalam penjara dia ditugaskan bekerja di bahagian dapur dan setiap hari mereka perlu memasak nasi sebanyak 700 kilogram sehari untuk dihidangkan kepada 3000 orang.

Sementara itu, individu ini berharap agar dia dapat memperoleh kerja halal yang dapat mengubah hidupnya.

‘Tak semua bekas banduan jahat’

Sumber: Iamnaddy_

SKIP THIS AD ×