Tidak dinafikan akhir-akhir ini, peluang pekerjaan yang disediakan oleh syarikat penghantar makanan, Food Panda mendapat sambutan yang menggalakkan. Tambahan pula, waktu kerjanya yang fleksibel turut menarik minat orang ramai untuk menjadi rider kepada syarikat tersebut.
Namun, siapa sangka disebalik kerjaya yang perlu menghadap hujan, panas dan berisiko tinggi ketika membawa motosikal di jalan raya memberikan pendapatan yang lumayan. Namun, wujud persepi yang negatif kepada golongan rider ini.
Gaji 9k sebulan
Menerusi tangkap layar tersebut menunjukkan gaji harian yang telah diterima oleh rider Food Panda ini. Jelasnya lagi, jumlah keseluruhan yang berjaya diperoleh selama 2 bulan adalah mencecah sehingga RM18k dan bagi sebulan dia berjaya memperoleh sebanyak RM9k. Malahan, jika dapat dilihat pendapatan hariannya boleh mencecah sehingga ke RM400.00 dan paling sedikit adalah RM110.
Jelas seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Amirul Azmi,turut membuat kira-kira bagi gaji rider ini. Lelaki ini menceritakan untuk mendapat gaji sebanyak itu, seseorang rider perlu bekerja 12 jam sehari dan perlu selesaikan sebanyak 44 tempahan dalam tempoh sehari.
Malahan, masa yang diperuntukkan untuk satu tempahan hanyalah 16 minit sahaja. Tidak berakhir di situ, lelaki ini turut membuat kiraan kasar dengan kadar upah sebanyak RM6.81 bagi setiap tempahan diterima.
Memang tak mustahil
Foto: Afif
Menerusi temu bual eksklusif bersama Team OHBULAN! seorang rider Food Panda dikenali sebagai Afif tampil menjelaskan situasi yang sebenar berhubung kisah gaji yang tular ini.
Tak mustahil pon kalau rider boleh dapat 9k, tapi itu semua bergantung kepada kerajinan rider tu sendiri (waktu bekerja) performance batch (diff batch, diff payment rate), tempat (kalau kat bandaraya, demand tinggi so lagi banyak penghantaran boleh dapat).
Jelasnya lagi, semua ini juga bergantung kepada rezeki rider itu sendiri berikutan jarak penghantaran makan tersebut, ada yang dekat dan ada yang jauh. Jika jaraknya dekat, rider tersebut mampu membuat 3 hingga 5 pesanan tetapi jika lokasi rumah pelanggan jauh, kemungkinan rider hanya boleh menghantar makanan tersebut sebanyak 1 hingga 2 pesanan sahaja dalam tempoh sejam.
Selain itu, Afif turut menjelaskan bukan senang untuk seseorang rider itu untuk memperoleh sebanyak RM9k, semua itu bergantung kepada jumlah pesanan, dan harga bayaran yang diterima mengikut pesanan tersebut.
Bukan semua buat full-time, ada yang part time. So gaji depends. tapi secara average, untuk full-time rider mostly diorang akan bekerja dlm 10-12 jam sehari selama 7 hari, ada juga 6 hari (depends atas rider nak amik syif bila, berapa jam nak buat, because takde boss kan so kalau rasa nak buat, amik je jadual syif kerja). ni based on my own observation la.
Tambahan pula, duit tips yang diberikan oleh pelanggan juga dapat menampung perbelanjaan duit makan dan duit minyak motosikal mereka. Lazimnya, rider yang bertugas akan meletakkan satu matlamat untuk mendapatkan sebanyak 40-60 pesanan setiap hari. Malahan, jika rider itu merupakan batch yang pertama dan kedua, tidak mustahil untuk mereka mendapat sebanyak RM7k sehingga RM10k.
Namun, jika rider itu bukan daripada batch yang pertama atau kedua, mereka boleh memperoleh sehingga RM3k hingga RM4k. Di penghujung temu bual, Afif sekali lagi menegaskan semua ini bergantung kepada rezeki, dan kerajinan rider itu sendiri.
Tapi yang bergaji lingkungan 5k-10k tu, its real. tak mustahil.
Sumber: Amirul Azmi & Afif (Ditemu bual)