berita

Gambar Di Kelab Malam Tersebar, Tauke Jambu Dituduh Kaki Perempuan?

March 19th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

tauke raja lawak

Jenaka yang dibawa oleh Tauke dan ahli kumpulannya, Yus dalam sebuah pertandingan realiti lawak terkemuka Malaysia seringkali mencuit hati peminat.

Mana taknya, ada saja idea segar yang dibawakan dalam setiap persembahan dan tidak keterlaluan jika kami katakan kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke adalah antara kumpulan favorite dalam pertandingan tersebut.

Namun, dalam pada kejayaan Tauke menempa nama dalam industri, terdapat desas-desus mengatakan bahawa Tauke seorang yang gemar bersosial di kelab malam. Tak cukup dengan itu, ada pula pihak yang menuduh Tauke sebagai ‘kaki perempuan’.

tauke raja lawak

Salah satu persembahan Tauke dan Yus dalam pertandingan realiti lawak

Dakwaan itu dikhabarkan timbul apabila dua keping gambarnya bersama beberapa orang wanita di kelab malam telah tersebar di sebuah blog hiburan. Lebih memeranjatkan, Tauke juga dilihat sedang memeluk erat seorang wanita berbaju putih dalam foto tersebut.

Pihak OHBULAN! cuba menghubungi Tauke untuk mendapatkan penjelasan, namun sehingga malam semalam, telefonnya tidak diangkat, khabarnya pelakon ini sedang sibuk menjalani penggambaran.

Apapun, diharap Tauke dapat memberi penjelasan mengenai perkara ini dalam kadar yang segera dan sekaligus mampu menafikan tohmahan negatif terhadap dirinya.

Maklumlah, perkara-perkara sebegini cepat tersebar, lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan selebriti yang sentiasa menjadi perhatian orang ramai.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×