berita

‘Lu Cuma Pandai Sembang.. Sebab Belum Kena Batang Hidung’ – Tauke

September 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tauke Jambu

Pelawak terkenal Tauke Jambu, menerusi hantaran di Instastory kesal dengan sikap segelintir individu yang gemar memberikan komen jelik kepada orang lain.

Artikel Berkaitan: ‘Banyak Pihak Memilih Untuk Menghukum Sebelum Menilai’ – Tauke Nak Ambil Tindakan Undang-Undang

Artikel Berkaitan: ‘Kepada Yang Masih Tak Puas Hati, Memang Aku Ditahan Untuk Bantu Siasatan…’ – Tauke

Artikel Berkaitan: Cuma Ada Rambutan Gading & Setangkai Petai’ – Tauke Nafi Bawa Peralatan Seks

‘Lu cuma pandai sembang pandai komen’

Foto: Tauke Jambu

Tauke atau dikenali sebagai Zamatul Amri Zakaria, yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi ‘bapak ayam’ menegur sikap sesetengah individu yang lebih sudu dari kuah sedangkan mereka tidak berada di tempatnya. Tauke bagaimanapun telah menafikan terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu.

Lu cuma pandai sembang pandai komen. Sebab lu tak pernah duduk di situasi orang yang lu komen. Umpama medan Maharaja Lawak, lu stay kerusi empuk juri sedap. Cuba lu duduk jadi peserta? Wa cabar lu.

Macam tu lah insan yang lu kecam. Sebab belum kena batang hidung. Dah kena pelangkup baru meniarap berterabur. Wa? steady.

Foto: Zarina Anjoulie

Simpati dengan nasib Tauke, Zarina Anjoulie mengirim mesej secara peribadi kepada Tauke memberikan kata-kata semangat agar pelawak itu terus kuat menghadapi segala ujian. Ujar Anjou ramai yang mahu melihat seorang itu untuk ‘jatuh’ dan namun, ada juga yang tetap memberikan sokongan.

I dah lali dah bang. I memang dah rasa banyak kali. Tapi rasa nak give up to lambat lagi bang. Thats why la saya datang nak kasi semangat ni. Ramai nak tengok kita jatuh bang tapi ramai juga yang support kita.

Ujar Tauke, walaupun dia tidak rapat dengan Anjou namun, pelakon tersebut seolah-olah faham dengan situasi yang berlaku.

Gua tak rapat pun dengan dia. Tapi dia boleh bagi semangat sebab dia dah duduk situasi sama, dan dia faham.

Instastory penuh:

Foto: Tangkap layar Instastory Tauke

Sumber: Tauke Jambu

SKIP THIS AD ×