berita

Gambar Intim Hanya Gimik – Pengurus Rozita Che Wan

May 7th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

rozita

Terkejut kami, rasa lucu pun ada bila membaca pelbagai komen yang diberikan oleh peminat pelakon terkenal Rozita Che Wan selepas dia memuat naik foto romantisnya bersama suaminya, Zain beberapa hari lalu.

Mana taknya, kerana foto tersebut, Che Ta dikritik malah ada yang menasihatkan pasangan ini supaya tidak terlalu menunjuk dan mendedahkan perihal rumahtangga kepada umum.

Artikel Berkaitan: Giliran Rozita Che Wan Belanja Gambar Romantis Dengan Suami. Trend Masa Kini?

Bagaimanapun, melalui laporan Utusan Malaysia hari ini, pengurus Che Ta menjelaskan gambar tersebut bukanlah dimuat naik bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kebahagiaan mereka.

Che ta

Tetapi, ia hanyalah gimik untuk menjayakan sebuah program televisyen terbitan Astro yang bakal ditayangkan tak lama lagi.

Itu adalah satu gimik di sebalik penggambaran program televisyen berkenaan di Koh Samui, Thailand. Bukan mahu berlagak atau menunjuk-nunjuk kebahagiaan yang mereka kecapi.

Tak kisahlah gimik atau bukan, nasihat yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Tak gitu? Apapun, kami sentiasa mendoakan kebahagian Che Ta.

SKIP THIS AD ×