berita

Gandingan Mantap Hos Sherry Alhadad & Sharifah Shahirah Bakal Gegar Tonton Anugerah Drama Sangat

February 26th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Anugerah berprestij Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) kembali lagi! Bakal menemui anda di kaca televisyen pada 12 Mac 2023 (Ahad) yang akan bersiaran secara langsung dari Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pukul 9.00 malam di TV3.

Gandingan hos yang mantap!

Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 menampilkan gandingan hos yang sangat berbakat iaitu Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah. Menurut penerbit eksekutif iaitu Nurul Huda Hj Khalid, pihak produksi memilih Sherry dan Sharifah Shahirah sebagai hos kerana yakin dengan keserasian mereka berdua untuk membawa anugerah berprestij ini ke satu tahap yang lebih tinggi.

Sepanjang saya berkecimpung dalam bidang ni, saya sangat sukakan gandingan Sharifah Shahirah dan Sherry. Dah lama dah teringin, kiranya dream comes true lah dapat gandingkan diorang dalam anugerah drama sangat.

Ujarnya lagi, gandingan hebat kedua-dua pengacara berbakat ini bakal menggegarkan pentas TADS.

Saya mengharapkan sangat diorang dapat membawakan dan meneraju anugerah ini ke satu level yang kita tak pernah tengok lagi.  Diorang ni tak pernah pun bergandingan. Selain daripada diorang related, saya rasa diorang ni ada chemistry yang cukup kuat untuk membawa progam ni supaya tak terlalu formal. Drama sangat ni kita nak something yang fun jadi sebab itulah kami memilih diorang berdua.

Selain itu, antara barisan artis yang bakal membuat persembahan pada malam anugerah berprestij adalah juara Famili Duo iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah. Gabungan mantap penyanyi Bella Astillah, Wani Kayrie, Ayda Jebat, Fyna Jebat juga dan ramai lagi akan menghiburkan semua para penonton.

Buat para peminat, jangan lupa untuk mengundi barisan artis kegemaran anda di laman sesawang Xtra dan undian akan ditutup pada 26 Februari 2023, tepat jam 12 tengah malam.

Saksikan Tonton Anugerah Drama Sangat pada 12 Mac 2023 (Ahad) jam 9 malam di TV3. Bukan itu sahaja, anda juga boleh strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

SKIP THIS AD ×