berita

Pertaruhkan Pelbagai Kategori, 5 Oppa Tercalon Menghangatkan Lagi Tonton Anugerah Drama Sangat

February 28th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 12 Mac 2023 jam 9 malam. Malam berprestij ini akan mempertandingkan pelbagai kategori termasuklah kategori undian penonton dan kategori juri.

Artikel Berkaitan: Gandingan Mantap Hos Sherry Alhadad & Sharifah Shahirah Bakal Gegar Tonton Anugerah Drama Sangat

TADS mengangkat drama TV3

Menurut Penerbit Eksekutif TADS 2023 iaitu Nurul Huda Khalid, anugerah ini merupakan siri kedua selepas diperkenalkan pada tahun 2021. Namun disebabkan tragedi yang menimpa negara, anugerah ini tidak dapat dilangsungkan dan kini Tonton Anugerah Drama Sangat kembali lagi.

Anugerah Drama Sangat nak mengangkat drama TV3 yang dikenali melalui slot drama sangat., TV3 sangat dikenali dengan slot drama. Dari situ, kita tengok ramai penonton dan pengikut yang suka dengan drama dan sebab itu kenapa wujudnya anugerah ini.

Apabila ditanya mengenai pencalonan dan kategori yang dipertanding, Nurul Huda memberitahu semuanya dibuat oleh pihak TV3. Antara kategori yang dipertandingkan ialah Drama Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik dan banyak lagi.

Anugerah Oppa Pilihan Tonton

Apa yang menariknya, TADS 2023 memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton. Bagi Anugerah Oppa Pilihan, ada lima calon iaitu Choi Si Won, Cha Eun-Woo, Ahn Bo-Hyun, Kim Min-Kyu dan Kim Min Jae dan mereka semua merupakan pelakon dan penyanyi.

Kita cuba bawa calon Oppa Pilihan Tonton ke Malaysia ke sini dan ianya masih dalam perbincangan dengan pihak TvN. Kami belum boleh janjikan apa-apa tetapi kami cuba yang terbaik. Insya-Allah.

Sementara itu, TADS 2023 akan dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah. Selain itu, antara artis yang bakal membuat persembahan ialah Bella Astillah, Wani Kayrie, Ayda Jebat, Fyna Jebat, Haqiem Rusli, Hael Husaini dan ramai lagi!

Jadi jangan lupa saksikan Tonton Anugerah Drama Sangat pada 12 Mac 2023 (Ahad) jam 9 malam di TV3. Anda juga boleh strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

SKIP THIS AD ×