Menerusi Kelab Anak Sepahkan Apa Hari Ini?, seorang bapa kongsi telatah lucu anaknya yang berusia 3 tahun pandai menjawab apabila buat salah. Kisah bermula apabila ikan laga yang dibeli ayahnya hilang dari mini akuarium. Apabila ditanya anaknya, jawapan tersebut boleh buat kami gelak. Dah la ganti ikan laga dengan ikan bilis. Adoi banyak akal sungguh!
Ikan laga hilang
Bambammm. apa yang kau dah buat ni. ak sampai sebulan ayah beli 2 ikan laga, hari ni dah hilang..huh! Sampai hati kau tukar ikan laga ayah dengan ikan bilis ni ye. Ayah tumis jugak kau dengan ikan bilis ni karang. Patut la time ummi kau masak, kau sibuk tarik kerusi berdiri nak tengok, rupa-rupanya kau dah aim lama tempat letak ikan bilis 2. Bila ditanya..leh plak dia jawab bambam kesian dengar ikan ikan cakap mintak dilepaskan kat kolam luar.
Ayah rasa dah arwah dah ikan tu kalau nak cari balik pun. Apa salah ayah plak ni Abdullah ooi, jem macam ni. Walaupun ayah ni ayah kau, tapi dari dulu sampai la sekarang tindakan kau ni memang sukar diramal dan diluar jangkaan. Cicit tok guru ni mungkin boleh dengar ikan cakap la kot ye. Yang peliknya ikan kau kesian, itik kau bantai sampai pengsan. Jangan nak buat muka sangat lah Abdullah..panas hati ayah ni.haa..tak pasal2 ayah bebel kau sampai kau terbaring..sabaq je la..
Menurut bapa ini, anaknya melepaskan ikan laga tersebut di kolam luar atas alasan ikan tersebut mahu dilepaskan. Namun yang menghiburkan kami adalah apabila anaknya yang mesra dipanggil Bambam bijak menukar ikan tersebut dengan ikan bilis. Pandai betul budak zaman sekarang.
Kerjakan itik
Penapis kopi sauk ikan
Sorok remote tv dalam beras
Perkongsian si ayah di kelab tersebut membuatkan ramai terhibur. Rata-rata teruja melihat telatah Bambam yang sangat aktif dan bijak. Malah tak kurang juga memuji sikap ayah yang rajin melayan anaknya. Yelah antara faktor anak cerdik mestilah datang dari ibu bapanya. Betul tak?
Sumber : Asy Syakirin