berita

Gara-Gara Bengang Tidak Dapat Tidur, Lelaki Kelar Leher Rakan Sebilik

November 4th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Gara-gara bengang tidak dapat tidur akibat bunyi muzik yang kuat, seorang lelaki Myanmar didakwa telah mencederakan rakan sebiliknya dengan sebilah pisau di sebuah asrama pekerja di Pantai Puteri, semalam.

Artikel Berkaitan: Mati Dikelar Bapa Mentua, Ibu Dedah Anak Sempat Video Call Minta Maaf

Artikel Berkaitan: Bapa Mentua Kelar Leher Menantu Hamil 7 Bulan Sampai Mati, Didakwa Punca Ajakan Seks Ditolak

Cedera di leher

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, kejadian kira-kira pukul 3 petang itu menyebabkan mangsa, yang juga seorang warga Myanmar berusia 35 tahun, mengalami kecederaan pada lehernya.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit, suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan pada petang kejadian.

Susulan maklumat diterima sepasukan polis kemudian ke lokasi kejadian pada 6.50 petang dan membuat tangkapan ke atas suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian mendatangkan kecederaan menggunakan pisau.

Ketika soal siasat awal dijalankan, suspek mengaku terbabit dalam insiden itu dan dia mendakwa kejadian berlaku kerana tidak dapat tidur disebabkan mangsa memasang lagu dengan kuat.

Malah dipercayai juga ketika kejadian suspek sedang mabuk dan ingin tidur namun terganggu.

Tambah Christopher, suspek itu kini telah ditahan bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil terhadapnya.

Berdasarkan laporan dibuat penyelia asrama, ketika dia memasuki bilik tempat berlakunya kejadian dia mendapati mangsa sudah berlumuran darah dan suspek sedang memegang sebilah pisau manakala seorang lagi rakan mereka cuba meleraikan pergaduhan.

Selepas pisau digunakan berjaya dirampas oleh seorang rakan mereka, penyelia asrama kemudian meminta pemandu membawa mangsa ke sebuah klinik swasta bagi menerima rawatan sebelum lelaki itu dirujuk ke Hospital Melaka.

Sementara itu, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×