Seorang individu meluahkan rasa bengangnya terhadap tindakan sebuah kedai makan yang terletak di ibu kota menerusi aplikasi X.
Artikel Berkaitan: ‘Adakah Awak Bodoh Atau Berlagak Bodoh?’ – Elvina Bengang Dengan Individu Lelaki Suruh Buang Nama ‘Mohamad’
Denda RM5 anak makan bersepah
Menerusi luahan yang dibuat menerusi akaun @meinmokhtar, individu terbabit memaklumkan dia pergi ke restoran berkenaan untuk menjamu selera bersama keluarganya.
Namun alangkah terkejutnya dia apabila diminta untuk membayar RM5 sebagai denda kerana anaknya yang berusia kurang dua tahun meninggalkan meja dalam keadaan bersepah.
Bukan itu sahaja, individu tersebut turut mendakwa makanan yang perlu dibayar di restoran berkenaan juga mahal.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap situasi berikut.
Rata-rata netizen turut meminta agar individu berkenaan untuk melakukan aduan kepada pihak berkuasa agar restoran tersebut dikenakan tindakan.
Komen netizen
Sumber: Aplikasi X