berita

Gara-Gara Hutang Pelacur RM4.35, Pelanggan Parah Ditikam Di Bahagian Kemaluan

May 2nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki di Malawi parah selepas kemaluannya ditikam oleh seorang wanita yang dipercayai merupakan pelacur.

Artikel Berkaitan: Tak Sempat Nak Beraya Di Kampung, Wanita Mati Ditikam Anak Kandung

Hutang RM4.35

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Daily Star, pelacur berkenaan bertindak menikam kemaluan pelangganya itu selepas mendakwa lelaki berkenaan berhutang dengannya sebanyak 1,000 kwacha bersamaan RM4.35.

Kejadian ngeri yang berlaku di daerah Mangochi itu melibatkan seorang pekerja seks bernama Paticia Wyson.

Menurut jurucakap Balai Polis Monkey Bay, Sarjan Alice Sichali, lelaki berkenaan kemudiannya dikejarkan ke pusat kesihatan Cape Maclear sebelum dirujuk ke hospital komuniti Monkey Bay untuk mendapatkan rawatan serta pemeriksaan lanjut.

Patricia kemudiannya kemudiannya ditangkap dan berdepan dengan beberapa pertuduhan termasuk berniat melakukan jenayah hingga menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan sebilah pisau.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×