berita

Lelaki Umpan Lebih 10 Pel*cur Datang Rumah Sewa Sebelum Bunuh & Tanam Di Dalam Lubang Belakang Rumah

September 10th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Bunuh Anak Isteri

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan pihak polis Rwanda selepas disyaki membunuh lebih 10 orang pelacur di kediamannya.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Nampak Tompok Darah Pada Pakaian, Abang Bunuh Adik Kerana Sangka Buat Hubungan Seks

Tanam mayat dalam lubang

Bunuh Lebih 10 Pelacur

Foto: Saudi Gazette

Memetik laporan portal Saudi Gazette, pihak polis menyedari akan kematian itu selepas cuba untuk menghalau suspek keluar dari rumah sewah tersebut.

Difahamkan tuan rumah berkenaan melaporkan kepada pihak polis mengenai kegagalan suspek untuk membayar sewa. Ketika cuba diusir, suspek dikatakan melawan dan tidak mahu memberi kerjasama sebelum ditahan pihak polis.

Sehinggalah tiba di balai polis, suspek kemudiannya mengaku melakukan pembunuhan terhadap lebih 10 orang pekerja seks yang terdiri daripada lelaki dan wanita.

Dia meminta maaf kepada kami sambil menangis teresak-esak. Kelakuannya itu ternya menimbulkan syak wasangka kami.

Suspek kemudiannya mengaku membunuh beberapa orang sekali gus mendorong Biro Siasatan Rwanda (Rib) untuk melakukan siasatan terhadap kenyataannya itu.

Selepas disoal siasat, suspek mendedahkan dia melakukan perbuatan itu dengan cara mengumpan kesemua mangsa untuk ke rumah sewanya itu sebelum merompak dan mencekik mereka sehingga mati.

Mayat kesemua mangsa kemudiannya ditanam di dalam lubang yang digali di dapur rumah sewanya.

Dalam pada itu, hasil siasatan yang dilakukan menemui lebih dari 10 mayat ditanam di dalam dapur rumah sewa berkenaan.

Namun begitu, jumlah sebenar mangsa yang dibunuh hanya akan diketahui selepas siasatan forensik selesai.

Sumber: Saudi Gazette

SKIP THIS AD ×