berita

Gara-Gara Ingin Merakam Video Youtube, Lelaki Ini Maut Selepas Payung Terjun Tak Berfungsi

August 8th, 2019 | by Shira
Isu & Kontroversi

Seorang Youtuber warga Sepanyol, Ruben Carbonell  yang terkenal dengan sukan berisiko dan video di Youtube maut selepas payung terjunnya tidak berfungsi.

Menerusi laporan daripada Mirror UK, Carbonell yang popular dengan video aksi seperti melompat dari jambatan, paragliding dan payung terjun telah memecah masuk sebuah kilang simen di Sepanyol untuk membuat terjunan di salah satu cerobong asap pada ketinggian 150 kaki.

Impian terkubur…

Tujuannya adalah untuk merakam aksi terjunan itu dan memuat naik video tersebut di akaun Youtubenya khusus buat rakan sukan ekstremnya.

Namun, hasratnya tidak tercapai apabila payung terjun yang digunakannya gagal berfungsi dan Carbonell maut dalam kejadian itu.

Seorang rakan yang menemaninya pada ketika itu segera menaikkan penggera apabila menyedari Carbonell jatuh dari bangunan Fontcalent di San Vicente del Raspeig,Alicante.

Siasatan masih dilakukan…

Menurut laporan, Carbonell dan rakannya telah melompat pagar yang menghalang akses ke kilang syarikat Cemex. Siasatan akan dijalankan oleh pihak polis untuk mengetahui bagaimana mereka boleh memasuki kawasan tersebut.

Sumber: Mirror UK