
Seorang pempengaruh ditahan polis selepas melakukan aksi terjun payung dari bangunan kediaman bertingkat demi meraih populariti di media sosial.
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Direman Bantu Siasatan Kes Rog*l Remaja 14 Tahun – ‘Suspek Dipercayai Rakam Semasa Kejadian’
Pempengaruh ditahan polis

Lelaki yang dikenali sebagai Ren, 23, melakukan aksi tersebut pada 30 Jun lalu sebelum memuat naik rakaman berkenaan ke media sosial keesokan harinya.
Dalam video tersebut, Ren yang berasal dari Sichuan, China dilihat terjun menggunakan payung terjun dari atas bangunan yang terletak berhampiran kawasan kediaman dan pokok.
Polis daerah Chenghua memaklumkan tindakan Ren telah mengganggu ketenteraman awam serta membahayakan keselamatan orang ramai. Susulan itu, dia ditahan selama 15 hari dan akaun media sosialnya turut disekat.
Ren yang dikenali sebagai ‘Parachute Coach Kakaxi’ mempunyai kira-kira 60,000 pengikut dan mendakwa dirinya seorang jurulatih terjun payung. Namun, polis mengesahkan dia tidak memiliki lesen rasmi sebagai jurulatih.
Pihak berkuasa mengingatkan aktiviti terjun payung hanya dibenarkan di lokasi tertentu dengan kebenaran rasmi. Aksi berbahaya di kawasan awam seperti bangunan kediaman atau jambatan tanpa permit boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Sumber: South China Morning Post







![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)
