berita

Gara-Gara Komen ‘Kena Check DNA’ Anak Abam Bocey, Lelaki Ini Diserang Netizen

June 15th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pelawak, Abam Bocey semalam mengumumkan isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Selayang. Berita gembira itu mendapat ribuan ucapan tahniah daripada para peminat.

Namun, di Facebook seorang pengguna ‘diserang’ gara-gara meninggalkan komen biadap ini. Lelaki tersebut meminta ujian DNA dilakukan untuk mengenalpasti status bayi tersebut.

‘Kalau bukan DNA saya, anak siapa?’

Menerusi Harian Metro, Abam memberitahu hanya mahu berjumpa dan bersemuka dengan lelaki tersebut. Menurutnya komen yang ditinggalkan adalah satu penghinaan yang dahsyat.

Insha-Allah saya mahu berjumpa sahaja. Saya bukan nak buat apa-apa pun, saja hanya mahu ‘cium’ pipi dia, supaya tidak bersikap tidak siuman.

Kata Abam lagi, dia sangat tersinggung dan marah. Dia tidak kisah jika mereka mahu bergurau mengenai saiz atau ‘kura-kura’ namun komen biadap begini sangat melampau.

Diserang netizen

Sumber : Harian Metro , Syed Umar Mokhtar , Mael