
Seorang wanita yang berasal daripada Indonesia bertindak membunuh suaminya sendiri selepas dipercayai mahu berkahwin lain.
Artikel Berkaitan: Tak Sanggup Hidup Miskin, Isteri Bunuh Suami Dengan Parang Di Kebun
Artikel Berkaitan: Cemburu Punca Jururawat Dibunuh Suami, Mayat Berlumuran Darah Dibalut Selimut Tebal
Bunuh suami

Menurut laporan Detik Jateng, mangsa ditemukan tidak bernyawa di dalam biliknya dengan bahan bukti yang dipercayai berpunca daripada perbuatan isterinya sendiri.
Difahamkan, kejadian itu dilaporkan oleh penduduk setempat yang curiga dengan kematian mangsa sebelum siasatan awal mendapati kes dipercayai mempunyai unsur pembunuhan terancang.
Kes itu bermula daripada laporan orang awam yang curiga dengan punca kematian mangsa.
Siasatan awal berdasarkan bahan bukti dan keterangan saksi kemudiannya membongkar perbuatan pelaku.
Kes adalah merupakan pembunuhan terancang.
Mangsa ditemukan dalam keadaan mengalami beberapa kesan lebam pada tubuh serta pendarahan di telinga.
Selain itu, pihak berkuasa turut merampas beberapa bahan bukti seperti sebatang kayu, pisau dan rakaman CCTV bagi membantu siasatan.
Sumber: Detik Jateng








