berita

Cemburu Punca Jururawat Dibunuh Suami, Mayat Berlumuran Darah Dibalut Selimut Tebal

October 1st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang pesara tentera telah ditahan oleh pihak polis kerana didakwa menikam isterinya sampai mati pada Sabtu.

Artikel Berkitan: Kerap Ponteng Kelas Sebab Tolong Ayah Jual Nasi Goreng, Pelajar Tikam Guru Kerana Dilarang Duduki Peperiksaan

Artikel Berkiatan: Lelaki Tikam Bapa Mentua Sampai Mati

Serah diri

Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6 pagi di Jalan Padang Nyu di Arau, Perlis.

Menurut Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya menemukan mayat jururawat tersebut dalam keadaan berlumuran darah dan ditutupi selimut tebal di sebuah bilik tidur.

Suspek didakwa menikam wanita itu dibahagian dada kiri sedalam kira-kira dua sentimeter dengan menggunakan sebilah pisau sebelum tampil menyerah diri kira-kira jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis.

Suspek yang juga seorang pesara tentera berusia 38 tahun dipercayai bergaduh dengan isterinya akibat cemburu.

Dalam pada itu, polis berjaya menemukan bahan bukti iaitu sebilah pisau yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk menikam mangsa yang disimpan di dalam sebuah beg di dapur rumah.

Susulan itu, mayat mangsa berusia 31 tahun tersebut telah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Hospital, Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kes kemudian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sekadar info, pasangan tersebut mempunyai dua orang anak lelaki yang berusia lapan dan 10 tahun.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×