Gambar sekadar hiasan
Suka dalam duka. Itulah ungkapan yang boleh digunakan buat situasi yang melanda seorang pemuda ini apabila dia diberhentikan kerja tanpa sebarang notis dan alasan yang munasabah selepas memohon cuti kerana isterinya mahu bersalin.
Artikel Berkaitan: Campur Darah Sendiri Dalam Minuman Pelanggan, Pelayan Kafe Dipecat
Majikan persoal kenapa tidak beritahu awal
Menerusi hantaran dimuat naik di TikTok, pemuda berkenaan berkongsi beberapa tangkap layar memaparkan mesej antara dirinya dan majikan berhubung permohonan cuti selama seminggu kerana isteri mahu bersalin.
Namun, dia berasa sangat kecewa dengan jawapan diberikan majikannya yang turut mempersoalkannya kerana tidak memberitahu lebih awal mengenai keadaan isterinya yang dijangka bakal bersalin pada 25 Mei namun bersalin lebih awal.
Mengharapkan ihsan daripada majikannya, pemuda tersebut tetap memohon agar dirinya diberikan cuti kerana perlu menjaga isterinya yang baru sahaja bersalin namun alangkah terkejutnya pemuda itu selepas mendapat mesej yang tidak diduga daripada majikannya.
Kau ni susahlah macam ni, you berhenti saja… tak payah datang lagi. Aku tak mahu kau lagi.
Keesokan harinya, pemuda berkenaan sekali lagi bertanyakan mengenai cutinya namun jawapan yang sama masih diberikan kepadanya dan dia diminta untuk mengambil gajinya pada 7 Mei akan datang.
I tak mahu you lagi, you boleh berhenti. Nanti 7 Mei I bagi gaji you.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan yang menimpa pemuda ini dan berdoa agar segala urusannya dipermudahkan.
Ada juga dikalangan netizen yang menasihatkan pemuda itu untuk membuat laporan berhubung perkara tersebut dengan pihak yang berkenaan bagi mendapatkan keadilan.
Sumber: TikTok