berita

Isteri Dalam Pantang, Suami Durjana Ketagih Perkosa Anak – ‘Keinginan Saya Tidak Disalurkan’

July 28th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Rogol Anak

Gambar sekadar hiasan

Seorang bapa sanggup merogol anak kandungnya semata-mata untuk memuaskan nafsu kerana tidak dapat melakukan hubungan seksual bersama isteri yang baru bersalin.

Artikel Berkaitan: Budak 12 Tahun Diperkosa Bapa Tiri 14 Kali, Mak Pula Tak Endah Takut Ditinggal Suami

Artikel Berkaitan: Lama Jadi Duda, Ayah Tergamak Rogol Anak Atas Dasar Cinta & Anggap Sebagai Kekasih

Paksa & ugut anak

Rogol Anak

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Tribun News, kejadian yang berlaku di Jawa Barat, Indonesia itu menyaksikan seorang remaja 13 tahun terpaksa melayan nafsu bapanya.

Isteri saya baru bersalin, keinginan saya tidak disalurkan sehingga anak menjadi mangsa kemudian kerana ketagihan, saya terus melakukannya sehingga 10 kali.

Kali pertama melakukan persetubuhan dengan anak kandung dalam keadaan mabuk, tindakan seterusnya ialah dengan memaksa dan mengugutnya.

Ketua Polis Daerah Subang, Ariek Indra Sentanu berkata suspek melakukan perkara terkutuk itu di rumah sewa mereka pada siang hari.

Suspek mengaku melakukan hubungan seks dengan anak kandungnya sendiri sebanyak 10 kali, di rumah sewanya sendiri.

Susulan itu, suspek berusia 35 tahun berkenaan ditahan pada 12 Jun lalu setelah menerima laporan daripada pihak keluarga. Suspek kini berada di sel tahanan Ibu Pejabat Polis Subang, Jawa Barat.

Jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara 5 hingga 15 tahun dan denda sebanyak RM 1,509 (5 juta Rupiah).

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×