Seorang pengurus syarikat di Melaka maut selepas ditikam di sebuah gerai makan yang terletak di Taman Kenanga, Tengkera pada awal pagi Selasa.
Artikel Berkaitan: Suami Tamak Harta Upah Anak Saudara & Adik Ipar Bunuh Isteri Pertama
Tegur saiz payudara wanita
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Sinar Harian, kejadian tersebut terjadi selepas berlakunya pertengkaran mulut di antara mangsa dan juga suspek yang berang dengan tindakan mangsa menegur saiz payudara seorang wanita.
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, mangsa yang berusia 35 tahun datang ke gerai makan berkenaan bersama rakannya yang lain dalam keadaan yang mabuk kira-kira jam 2 pagi.
Mangsa kemudiannya telah bercakap dengan rakan-rakannya sambil menegur saiz payudara seorang wanita yang merupakan pelanggan di gerai itu.
Difahamkan, perbualan mangsa itu telah didengari oleh seorang lelaki yang merupakan pengawal peribadi kepada wanita berusia 26 tahun itu, lalu menegur mangsa dan memaklumkan bahawa wanita tersebut adalah majikan kepadanya.
Kemudian berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan teman lelaki kepada wanita tersebut serta pengawal peribadinya.
Pertengkaran menjadi tegang dan berlaku pergaduhan tolak-menolak hingga tumbuk menumbuk antara mereka bertiga, sebelum mangsa ditemui tidak sedarkan diri.
Manga kemudiannya dibawa ke Hospital Melaka oleh dua rakannya namun, disahkan telah pun meninggal dunia.
Hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati punca kematian adalah luka tikaman di jantung.
Dipercayai mangsa mati akibat ditikam oleh pengawal peribadi itu dan polis turut merampas pisau serta batang besi yang digunakan dalam pergaduhan terbabit.
Ekoran itu, tujuh suspek berusia antara 25 sehingga 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: Sinar Harian