berita

Suami Tamak Harta Upah Anak Saudara & Adik Ipar Bunuh Isteri Pertama

May 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki didakwa tergamak membunuh isterinya dengan mengupah anak saudara dan adik iparnya, gara-gara mahu membolot harta isteri pertama.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Berang Tak Masak Sahur, Suami Tergamak Tetak & Tikam Isteri Berkali-Kali Sehingga Mati

Artikel Berkaitan: Cemburu Cakap Telefon Dengan Lelaki Lain, Suami Tetak Isteri Guna Parang

Artikel Berkaitan: Berang Disuruh Jimat Air, Suami Sanggup Tikam Isteri Berkali-Kali

Lima kesan tikaman

Gambar sekadar hiasan

Berdasarkan maklumat, lelaki tersebut mempunyai dua orang isteri, dan mangsa yang dikenali sebagai Jumiati merupakan isteri pertamanya.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Mamuju Tengah, Jakarta, Indonesia, Iptu Fredy berkata lelaki tersebut telah membayar RM453 (1.5 juta Rupiah) kepada anak saudaranya untuk melakukan pembunuhan itu.

Mereka telah bertemu untuk merancang pembunuhan itu dua hari sebelum pembunuhan itu terjadi.

Kemudian anak saudaranya yang menetap di Kabupaten Bone dibawa oleh adik ipar dari isteri keduanya yang juga telah diupah sebanyak RM151 (500,000 Rupiah) untuk ke perkampungan isteri pertamanya pada 25 April lalu.

Pada petang hari yang sama, wanita berusia 38 tahun itu ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di tepi jalan.

Pada awalnya penduduk kampung menyangka mangsa terlibat dalam kemalangan semasa membawanya ke pusat kesihatan. Namun, Jumiati disahkan maut akibat kesan tikaman pisau sebanyak lima kali.

Dalam pada itu, Ketua Polis Mamaju Tengah, Amri Yudhy menjelaskan bahawa suspek melakukan pembunuhan itu kerana mahu mengaut harta isterinya yang memiliki ladang kelapa sawit dan ladang lembu.

Ketiga-tiga suspek akan didakwa di bawah Kanun Jenayah dan jika disabitkan kesalahan mereka bakal berdepan dengan hukuman mati.

Sumber: Kompas.com, Mothership

SKIP THIS AD ×