berita

Gara-Gara Tekanan Perasaan Akibat Hutang, Suami Bakar Isteri Sampai Mati

June 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Papua Barat, Indonesia, seorang suami sanggup membakar isteri gara-gara tekanan perasaan akibat hutang. Difahamkan, lelaki tersebut sempat memeluk isterinya ketika dibakar dengan alasan mahu mati bersama.

Tekanan perasaan akibat hutang

Menerusi laporan Kompas.com, ibu mangsa memberitahu bahawa anak perempuannya sedang menggunakan telefon bimbit di dalam bilik sebelum kejadian berlaku. Namun, secara tiba-tiba menantunya yang berusia 33 tahun itu datang dan mencurahkan minyak pada tubuh anaknya sebelum dibakar.

Anak saya kemudiannya lari untuk menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam tong berisi air. Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah akibat kebakaran. Ketika kejadian, menantu sempat memeluk anak saya sebaik menyalakan api pada tubuh  badan.

Susulan daripada itu, pihak polis telah menahan suspek dan mengesahkan kejadian berpunca daripada tekanan perasaan akibat hutang. Suspek juga dikatakan memohon pinjaman kewangan daripada bank namun ditolak kerana bebanan hutang yang sudah tinggi.

Sumber: Kompas.com

SKIP THIS AD ×