berita

[VIDEO] ‘Siapa Tu Aliff Aziz? Saya Tak Kenal..Buaya Tu Ada Ramai Perempuan, Tak Bagus Sangat’ – Leona

April 26th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila mengaku tidak mengenali individu yang bernama, Aliff Aziz.

‘Siapa tu Aliff Aziz?’

@leonathe2ndrawr ?? original sound – le yoooooooo na

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Leona akui pelik apabila ramai pengikutnya yang menyebut nama Aliff Aziz ketika dia membuat sesi siaran langsung di TikTok. Bukan itu sahaja, mereka turut bertanya kepada Leona adakah dia mengenali individu itu. Leona dengan spontan menjawab bahawa dia tidak kenal individu bernama Aliff Aziz.

Siapa itu Aliff Aziz. Saya tak tahu siapa dia. Kenapa korang tanya saya tentang lelaki yang saya tak kenal. Jangan tanya pelik-pelik lah korang.

Buaya? Buaya tu ada ramai perempuan..tak bagus sangat.

Namun menerusi perkongsian terbaharu, Leona memberitahu bahawa dia kini sudah mengetahui individu yang dimaksudkan pengikutnya selepas melakukan pencarian di internet.

Lebih mencuit hati apabila Leona sempat menunjukkan kertas yang bertulis LU iaitu perkataan ringkas yang digunakan Aliff Aziz dan Ruhainies dalam perbualan di WhatsApp seperti yang tular baru-baru ini.

Semalam saya muat naik video, lepas tu korang bising macam mana lah Leona tak kenal lelaki itu (Aliff Aziz). Lepas tu saya pun ‘siasat’, siapalah lelaki tu dan ada satu benda saya nak kata LU.

Video

@leonathe2ndL U ??? original sound – le yoooooooo na


Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×