Minggu keenam program realiti Famili Duo mencetus kontroversi apabila penyanyi Sissy Imann menangis selepas ditegur oleh juri tetap, Mas Idayu yang tidak berpuas hati dengan persembahan lagu Jampi yang turut dinyanyikan sepupunya, Naim Daniel.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tegur Sebab Sayang Dengan Bakat, Mahu Sissy & Naim Lebih Berjaya’ – Mas Idayu
Kelas keroncong
Tampil mempertahankan Naim, bekas pensyarah muzik, Zakey Javis menegaskan teknik ngandul dan cengkok yang digunakan sangat tepat.
Menerusi ciapan di Twitter, Zakey berkata dia pernah mengajar pelantun lagu Sumpah dalam kelas keroncong.
Sebagai salah seorang bekas pensyarah mengajar dua kelas keroncong yang Naim pernah hadiri (Malaysia Music IV dan Performing Group).
Saya merumuskan gaya nyanyian keroncong Naim jelas penggunaan teknik ngandul dan cengkok semasa persembahannya.
Sebagai tanda penghargaan, pemilik nama Muhammad Naim Daniel Baharin mengucapkan terima kasih kepada Zakey.
Certified (disahkan). Terima kasih cikgu.
Pada Ahad lalu, Sissy menangis di atas pentas ketika siaran langsung dan kemudian memuat naik status memohon maaf kerana gagal memberikan persembahan terbaik.
Selain itu, pengacara berumur 28 tahun telah membuat keputusan membatalkan pelancaran album sulung yang sepatutnya berlangsung pada 2 Februari 2023.
Sumber: Twitter