berita

Gegar Vaganza Kembali Untuk Musim Ke-10, Hadiahkan Roadshow & Showcase Istimewa

August 10th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Gegar Vaganza

Rancangan realiti tersohor negara, Gegar Vaganza kini kembali lagi dengan musim ke-10.

Artikel Berkaitan: Jaclyn Victor Juara GV9, Bawa Pulang RM100k

Artikel Berkaitan: Lah Ahmad Harap Damian Beri Sokongan Buat V.E Bukan Kritikan – ‘Mereka Layak Berada Di GV9’

GV 10

Gegar Vaganza

Sudah pasti yang paling dinantikan peminat adalah untuk mengetahui siapa bakal peserta, pengacara dan juri tetap bagi edisi kali ini.

Bersempena dengan 10 tahun Gegar Vaganza, sebagai tanda penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia, Astro ingin menghadiahkan buah tangan khas buat para penonton iaitu GV Roadshow 2023.

Siri jelajah itu bakal berlangsung ke empat lokasi di empat buah negeri iaitu Kuantan Pahang, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan di salah sebuah negeri di utara Malaysia.

GV Roadshow 2023 akan ke lokasi-lokasi tersebut bermula 10 Ogos untuk membolehkan peminat menyaksikan penyanyi kegemaran mereka beraksi secara langsung serta berpeluang bertemu dengan mereka.

GV Roadshow 2023 akan berlangsung di Tasek KotaSAS, Kuantan, Pahang pada 12/08/2023, Puteri Harbour, Johor Bahru pada 26/08/2023, Kuala Lumpur dan juga di salah sebuah negeri di utara Malaysia yang akan diumumkan nanti.

Bintang-bintang Gegar Vaganza seperti Wann, Elyana, Dina Nadzir, Aweera, Tom, Fuad Rahman, Sham Visa dan ramai lagi bakal menyerikan pentas GV Roadshow 2023 kelak.

Selain itu, satu lagi buah tangan adalah Jamming with the Stars iaitu sebuah Showcase istimewa yang membariskan bintang Gegar Vaganva dari musim pertama hingga sembilan yang akan menemui peminat setiap Khamis bermula 17 Ogos sehingga 17 September 2023.

Showcase itu akan bermula pada pukul 9 malam sehingga 10 malam di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Nama-nama yang bakal membuat persembahan termasuk Jaclyn Victor, Aliff Aziz, Naqiu, Noryn Aziz, Dina Nadzir dan ramai lagi.

SKIP THIS AD ×