Penyanyi, Lah Ahmad menyatakan dia lebih setuju jika Damian memberi pendapat yang membina kepada rakan-rakan di kumpulan V.E untuk Gegar Vaganza musim kesembilan. Tambahnya, walau dimana sahaja bidang kita berada, kita memerlukan sokongan dan doa daripada rakan-rakan.
Artikel Berkaitan: Jaclyn Victor, Shila Azmah & Tomok Antara 13 Bintang Yang Bakal Berentap Di GV9
Beri sokongan, bukan kritikan
Ketika ditemui Ohbulan!, Lah menyatakan pendapat mengenai komen Damian tentang kumpulan V.E yang sedang berjuang di Gegar Vaganza musim ini.
Menerusi komen yang dimuat naik oleh Damian di Instagram miliknya pada 15 Oktober lalu, penyanyi itu meluahkan rasa tidak setuju dengan penglibatan artis lama memasuki program realiti berkenaan dan menerima elaun mingguan.
Saya sendiri kalau ada kawan keluarkan album, saya akan ucapkan tahniah. Bila saya nampak Adeep Nahar menyanyi dengan baik di Gegar Vaganza, saya mesej, ucap tahniah. Lagipun nanti di padang mahsyar, orang ungkit apa yang kita tak puas hati. Sebab itu, jangan buat salah walaupun sebesar zarah.
Lah berkata demikian ketika di majlis 25 Years Lah Ahmad Live In Concert di Stage 1 Theatre, PJPAC I Utama E, semalam.
Dalam perkembangan terkini, Lah bakal mengadakan sebuah konsert sulungnya setelah 25 tahun menceburi bidang industri seni muzik tanah air. Konsertnya ini bakal menampilkan hampir 20 buah lagu dan akan berlangsung pada 28 Januari 2023.
Jualan tiket akan dijual secara dalam talian bermula pada 2 November 2022 di onetix.com.my.