berita

GEGAR Wanita Kecewa Ahli Parlimen Tak Sokong RUU Kawalan Tembakau & Rokok, Gesa Ambil Tindakan Sewajarnya

July 22nd, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Semakin hari, tabiat menghisap rokok dan vape makin berleluasa dan perkara ini berada pada tahap yang membimbangkan memandangkan ia banyak memberi kesan negatif pada kesihatan para perokok dan orang di sekeliling.

Lebih menyedihkan, tabiat ini kian dianggap normal dan kini wanita, para remaja dan kanak-kanak di luar sana telah menjadikan rokok dan vape sebagai tabiat baru mereka.

Melihat situasi ini, beberapa badan-badan NGO telah berkolaborasi di bawah satu naungan Rakan Strategik GEGAR Wanita (Wanita) untuk meningkatkan kesedaran, sekaligus menjalankan advokasi dan mempromosi persekitaran yang lebih sihat tanpa amalan merokok.

Inisiatif MyHOUSE berperanan lindung Generasi Penamat

Menyedari ancaman merokok kebanyakan bermula dari rumah, Rakan Strategik GEGAR Wanita turut berperanan dalam melindungi Generasi Penamat ataupun GEG (Generational EndGame) dengan inisiatif MyHOUSE (Malaysian Homes withOut Smoke Environment), di samping mempromosi Perkhidmatan Berhenti Merokok, mQuit iaitu khidmat bantuan kepada ahli keluarga yang merokok.

Pihak Wanita kecewa dengan tindak balas Ahli Parlimen

Kredit: CNN

Menurut sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Rang Undang Undang Larangan Tembakau dan Rokok sudah diusahakan oleh KKM semenjak tahun 2013 lagi dengan melibatkan 5 mantan Menteri Kesihatan. Namun, terdapat beberapa Ahli Parlimen yang tidak menyokong RUU ini. 

Menurut kumpulan aktivis Wanita, RUU ini telah lama ditunggu oleh mereka dan tanggungjawab mereka dilihat amat besar dan penting dalam menentang masalah merokok yang bukan saja menjejaskan kesihatan, malah akan menimbulkan berbagai kesan sampingan seperti kemurungan dan kesihatan mental, kesihatan reproduktif, kanser, jantung, paru-paru dan sebagainya.

Wanita juga juga berpendapat, pelaksanaan GEG yang tertumpu kepada melarang golongan remaja agar tidak memulakan tabiat merokok dalam kalangan kanak-kanak dan remaja mesti disokong, memandangkan sudah ramai yang terjebak dengan ketagihan rokok dan vaping.

Draf RUU Larangan Tembakau dan Rokok dalam proses semakan akhir

Akhirnya, atas kesungguhan politik yang ditunjukkan oleh YB Menteri Kesihatan, RUU ini kini dalam proses semakan akhir Jabatan Peguam Negara dan dijangka akan dibentang di Parlimen tidak lama lagi.

Berbesar hati dengan perkara ini, pihak Wanita mengharapkan supaya Ahli Parlimen terutamanya Ahli-Ahli Parlimen Wanita  bersatu hati untuk meluluskan akta ini demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan generasi akan datang serta pihak kerajan tidak mengikut  telunjuk pihak industri (rokok, vape) yang cuba mengekalkan perniagaan mereka dengan bergantung kepada rakyat Malaysia yang mengalami ketagihan nikotin, samada di dalam vape atau rokok. 

Pihak Wanita turut menyeru supaya semua agensi penguatkuasaan bersatu padu bersama-sama pihak KKM dalam membendung pasaran rokok yang tidak sah dan agar golongan perokok akan berkurangan di masa hadapan, terutamanya golongan wanita dan juga kanak-kanak di Malaysia melalui pelaksanaan GEG. 

SKIP THIS AD ×