berita

Gegendang Telinga Kiri Luka, Haqiem Rusli Hanya Boleh Dengar 20 Peratus Sahaja

October 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi Haqiem Rusli memberitahu telinga kirinya mengalami luka susulan dimasuki air pada hari Khamis lalu.

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: Tunjuk Solidariti Buat Rakyat Di Palestin, Haqiem Rusli & Ariff Bahran Buat Penonton Menangis

Gegendang sebelah kiri luka

Menurut Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 25, dia berasa bimbang mengenai persembahan minggu ini berikutan mengalami masalah pendengaran akibat kesan luka di gegendang telinga sebelah kiri.

Dah dua hari telinga saya punya gegendang sebelah kiri luka, punca dia sebab air masuk telinga. Memang 20 peratus saja dengar, belah kanan 100 peratus okay.

Ujar Haqiem lagi, dia hanya mampu menggunakan monitor telinga pada bahagian kanan disebabkan kecederaan tersebut.

Doakan saya untuk Famili Duo esok. Ear monitor memang pakai belah kanan jelah.

Haqiem turut meminta cadangan daripada pengikutnya mengenai ubat yang sesuai bagi membantunya agar segera sembuh.

Sumber: Haqiem Rusli

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×