berita

Famili Duo 3: Tunjuk Solidariti Buat Rakyat Di Palestin, Haqiem Rusli & Ariff Bahran Buat Penonton Menangis

October 22nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Bertemakan ‘Cinta’ bagi minggu kedua konsert Famili Duo 3, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran memilih untuk menunjukkan solidariti mereka buat saudara sesama Islam di Palestin yang sedang berperang dengan tentera zionis Israel.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Kena Jujur, Nyanyian Tak Sedap & Mengganggu Telinga Saya’ – Ajai Tak Suka Persembahan Ryan & Adam Bakery

Artikel Berkaitan: Raih 3.8 Juta Tontonan Pada Minggu Pertama, Famili Duo 2023 Kalahkan Semua Rancangan Hiburan Malam Ahad

Penonton mengalirkan air mata

Haqiem Rusli Ariff Bahran

Menggabungkan dua buah lagu, Earth Song dan We Will Not Go Down persembahan duo sepupu itu berjaya meruntunkan hati para penonton sehingga membuatkan mereka menitiskan air mata.

Persembahan Haqiem dan Ariff juga berjaya meraih pujian juri tetap Ajai yang berpendapat mereka berjaya memberikan penghayatan yang baik sekaligus berhasil menyampaikan mesej yang cuba diketengahkan.

‘Penyampaian, penghayatan dan susunan vokal and berdua berjaya membuatkan air mata saya mengalir. Apabila anda berjaya ‘menghidupkan’ air mata seseorang, itu bermakna apa yang disampaikan anda berdua dirasai’

Persembahan pasangan duo ini juga memperoleh ‘rating’ tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 19 jumlah keseluruhan dari juri tetap, Ajai dan Mas Idayu.

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my

SKIP THIS AD ×