Dalam perlawanan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia antara Malaysia menetang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno telah menyaksikan skuad negara menumpaskan pasukan lawan dengan kedudukan 3-2. Sepastinya membuatkan penyokong Malaysia berasa bangga.
Termasuk juga dengan aksi dan telatah anak pelakon Nadiya Nissa iaitu Omar. Tidak sangka gelagat kegembiraan kanak-kanak ini telah mendapat perhatian pihak Presiden Football Association Malaysia (FAM) sekali gus menjemput adik Omar ke perlawanan Malaysia menentang UAE nanti.
Dia seorang stress tengok bola
JIWA @twt_bola @RimauXI pic.twitter.com/Rs1A6vt5Y8
— jep (@jeprijalohsem) September 6, 2019
Aksi spontan adik Omar ini telah dirakam ibunya hanya gara-gara dia terlalu khusyuk menghayati perlawanan bola sepak di depan kaca televisyen. Bukan hanya itu sahaja, dia turut mengalirkan air mata kerana terharu dengan kemenangan 3-2 pasukan Malaysia ke atas Indonesia.
Semangat beli surat khabar
Pagi ni semangat beli suratkhabar nak baca berita Malaysia menang semalam. Hahaha mantap dik, siap buat drawing kat buku tulis… Jangan risau dik tiket lawan UAE nanti @Sang13AjiS setel. pic.twitter.com/gO55ZMGpMW
— Taslim Razin (@manarianz5) September 6, 2019
Selain itu, adik Omar juga sempat singgah di kedai untuk mendapatkan surat khabar dan membaca berita mengenai kemenangan pasukan negara menentang Indonesia.
Merealisasikan impian Omar
InsyaAllah kita jumpa di stadium nanti ? terima kasih yang tak terhingga kepada pihak FAM & Dato Hamidin kerana merealisasikan impian Omar ??#RisingTogether ?? #teamMalaysia https://t.co/nTEHZt6iOV
— Nadiya Nisaa (@nadiyanisaa) September 6, 2019
Sementara itu, Nadiya Nissa memaklumkan anaknya, Omar telah dijemput pihak Presiden Football Association Malaysia (FAM) dan Dato Hamidi untuk jadi pengiring pasukan Harimau Malaya pada 10 September ini menyaksikan Malaysia menentang pasukan UAE.
Omar memang peminat setia bola sepak
https://www.instagram.com/p/B2F9_1oJsy1/
Nadiya Nissa menerusi Instagram meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada netizen yang memberi respon positif terhadap reaksi anak lelakinya itu. Tambahnya, dia mengakui Omar seorang kanak-kanak yang meminati bola sepak dan sentiasa menyokong skuad Harimau Malaya apabila beraksi di padang.
Sumber: Nadiya Nissa, Taslim Razin