berita

Gelaran Juara #watsonsmti Kini Milik Fasiha Latiff! Makin Famouslah Lepasni!

November 27th, 2018 | by Noraniza
#watsonsmti

Wah!! Akhirnya Fasiha Latiff dinobatkan sebagai juara #watsonsmti! Acara kemuncak tersebut berlangsung pada 24 November yang lalu di Mazda Showroom Glenmarie.

Oh ya, bukan itu sahaja! Pada sebelah pagi, 3 orang finalist iaitu Daniel, Eva Natasha dan Fasiha perlu melaksanakan tugasan terakhir di Watsons Starling Mall. Apa tugasan mereka ya?

Terdapat 3 cabaran yang diselesaikan

Cabaran 1: ‘Costume Challenge’

Para peserta diberikan 2 pasang costume setiap seorang. Followers pula akan memilih costume yang akan dipakai peserta menerusi poll yang dibuat.

Cabaran 2: ‘Stranger Challenge’

Terdapat 2 pilihan juga sama ada perlu selfie dengan 10 orang strangers atau minta seorang stranger belanja. Peserta melaksanakan cabaran 2 yang dipilih oleh followers menerusi poll tersebut.

Cabaran 3: ‘Watsons’s Customer challenge’

Terdapat 2 pilihan juga sama ada perlu menari ataupun buat pickup line. Peserta melaksanakan cabaran 3 yang dipilih oleh followers menerusi poll tersebut.

Apa pula yang berlaku di Final Event #watsonsmti?

Selepas habis cabaran, kesemua peserta terus bergerak ke Mazda showroom untuk besiap dan bersedia untuk final event. Di final event #watsonsmti ni pula, peserta perlu membersembahkan bakat terpendam mereka. Fasiha menghiburkan para juri dengan bermain saxaphone, Eva pula bermain piano dan Daniel buat magic show! Hebat-hebat tau!

Mereka juga perlu berkempen untuk meyakinkan juri watsons yang mereka layak bergelar ‘WatsonsMTI’ . Akhirnya, Fasiha Latiff bergelar juara, Daniel naib juara dan Eva Natasha di tempat ketiga!

Juara membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000, kontrak bersama Watsons Digital Influencer selama 12 bulan, Watsons CRM point bernilai RM 20,000, dipaparkan di billboard Watsons, berpeluang menyertai iklan Watsons Malaysia, dan kemunculan 5 kali di media digital terbesar Malaysia.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)