berita

Gelombang Baharu COVID-19 Makin Hampir – KJ

June 24th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: KhairyJamaluddin

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa gelombang baharu Covid-19 di negara ini berkemungkinan berlaku lebih awal berbanding tempoh antara dua atau tiga bulan seperti diumumkan sebelum ini.

Artikel Berkaitan: PICKids Dibuka Semula Bermula Hari Ini Hingga Jumaat

Hampir semua negeri kes meningkat

Foto: YahooNewsMalaysia

Menurut Khairy Jamaluddin, jangkaan awal itu bukan untuk menimbulkan perasaan panik dalam kalangan masyarakat tetapi mengambil kira kepada langkah pencegahan yang perlu diambil meliputi setiap aspek oleh semua pihak.

Perkara ini (gelombang kedua) berdasarkan peningkatan kepada lebih 2,000 kes dilaporkan dalam negara sejak tempoh tiga hari kebelakangan ini dengan dua kluster baharu yang membimbangkan iaitu kluster pendidikan dan pengajian tinggi.

Hampir semua negeri menunjukkan peningkatan kes kecuali beberapa negeri seperti Selangor, Johor, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan yang menunjukkan penurunan.

Pengalaman yang kita lihat di negara lain di mana mereka juga berdepan gelombang jangkitan dari semasa ke semasa. Tujuan saya menyatakan ini adalah untuk memberi bayangan bahawa gelombang itu akan datang lebih awal lagi berdasarkan kepada ramalan yang kita sedang buat, walaupun kadar kematian, kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini terkawal atau pada paras rendah.

Minggu lalu, buat pertama kalinya Malaysia tidak merekodkan sebarang kes kematian akibat jangkitan Covid-19 sejak kira-kira 18 bulan lalu.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×