Foto: Utusan
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai hari ini sehingga 24 Jun untuk pemberian vaksin kepada kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun.
Artikel Berkaitan: Peralihan Ke Fasa Endemik: Ibu Bapa Disaran Bawa Anak Dapatkan Vaksinasi
Boleh dapatkan vaksin tanpa janji temu
Foto: Utusan
Dalam satu kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pembukaan program vaksinasi itu adalah bersempena Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 yang disambut pada 16 Jun lalu yang bertemakan “Perlindungan Sepanjang Hayat untuk Semua”.
Pembukaan vaksinasi ini adalah bagi meraikan ibu bapa yang kini berhasrat mendapatkan vaksin COVID-19 bagi anak anak yang terlepas peluang sebelum ini dan keprihatinan KKM atas keselamatan kanak-kanak daripada penyakit cegahan vaksin.
Tambah Dr Noor Azmi, ibu bapa yang berhasrat mendapatkan vaksinasi itu boleh mendapatkan vaksinasi tanpa janji temu di klinik-klinik kesihatan di bawah KKM bermula hari ini hingga 24 Jun 2022.
Pemberian vaksin itu juga adalah berdasarkan stok vaksin di sesebuah fasiliti pada hari tersebut dan sekiranya stok untuk hari tersebut habis, ibu bapa perlu membawa anak keesokan harinya.
Dr Noor Azmi juga menggalakan ibu bapa mengambil peluang ini sekiranya baru mengetahui mengenai vaksinasi COVID-19 atau yang baru membuat keputusan membenarkan anak divaksinasi.
Bagi kanak-kanak yang akan mencapai umur 5 tahun pula, ibu bapa masih boleh membuat tempahan janji temu vaksinasi mengikut tarik dan tempat vaksinasi pilihan melalui aplikasi MySejahtera.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia