berita

‘Gemuk Dia Sayang, Kurus Pun Dia Sayang’ – Fasha Sandha

May 9th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Pelakon Fasha Sandha akui hilang lebih daripada 5 kilogram (kg) berat badan oleh beberapa faktor yang dihadapinya.

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Tak Mahu Tangguh Rezeki Team Produksi, Kembali ‘Shooting’ Walaupun Belum Sembuh Sepenuhnya

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Kembali Ke Set Penggambaran, Kapsyen Azhan Rani ‘Dah Lama Tak Berlakon Beriya-Iya’ Curi Perhatian

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Komited Bekerja, Hadir TADS 2023 Walaupun Mata Belum Sembuh

Suami tetap sayang

Menerusi laporan Utusan, pelakon drama ‘Anak Tuan’ itu memaklumkan berat badannya hilang sebanyak 10 kilogram (kg) dengan mengurangkan pengambilan daging dan ayam.

Tambahnya lagi, selain daripada urusan kerja, insiden matanya yang terjadi dahulu juga menjadi punca penurunan berat badan.

Dalam kontrak sudah ditetapkan untuk saya kurus kerana saya perlu bawa watak ‘sugar mummy’.

Sebenarnya banyak faktor penurunan berat badan ini, terutama selepas keluar hospital dan mula bulan Ramadan. Kurus sekalipun saya tetap mahu sihat dan hidup gembira.

Dalam pada itu, Fasha sempat meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang sentiasa menyokongnya.

Isteri kepada pelakon, Aidil Aziz itu menyatakan bahawa suaminya menerima dirinya seadanya dan lebih mengutamakan kesihatan.

Susulan daripada itu, Fasha, 39, berharap agar berat badannya dapat dikekalkan seperti sedia ada.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia.

SKIP THIS AD ×