
Bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-40, pelakon Kamal Adli meraikan hari istimewa itu dengan penuh meriah apabila dibanjiri ucapan dan doa daripada warganet di media sosial.
Artikel Berkaitan: Kamal Adli Kongsi Momen Bersama Hawra Uqaira, Netizen Tumpang Gembira – ‘Semoga Menjadi Co-Parenting Yang Baik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Imbas Detik Dalam Mahkamah – ‘Ayat Yang Buat Saya Pecah..Dengan Ini Saya Ahmad Kamal Menceraikan’
Ulang tahun kelahiran
View on Threads
Dalam perkongsian di Threads, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli memuat naik gambar dirinya bersama kapsyen yang mengajak orang ramai untuk mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.
Ucap ulang tahun kelahiran untuk saya dan doa yang baik-baik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengambil peluang mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran selain menitipkan doa yang baik untuk Kamal.
Segelintir netizen turut menitipkan doa agar kehidupan Kamal selepas ini menjadi lebih baik, selain mendoakan dia menjadi bapa yang penyayang dan bertanggungjawab kepada anaknya, Hawra Uqaira.
Ucapan netizen


Sumber: Threads








