berita

Genap 7 Hari, Anzalna Kongsi Wajah & Umum Nama Anak Kedua ‘Mohamad Emirhan’

May 27th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: Anzalnanasir88

Pelakon Anzalna dan suami berkongsi wajah terbaru dan mengumumkan nama anak kedua mereka.

Artikel Berkaitan: Jantina Anak Masih Dirahsiakan, Anzalna Selamat Bersalin Anak Kedua

Letak nama Mohamad Emirhan

Foto: Anzalnanasir

Menerusi hantaran di laman IG, Anzalna dan suami telah berkongsikan wajah terbaru anak kedua mereka itu selepas seminggu dilahirkan.

Sebagaimana Sunnah Nabi SAW, setelah cukup 7 hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’ .

Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin.

Pada 20 Mei lepas. Anzalna telah menimang cahaya mata keduanya. Anzalna telah melahirkan seorang cahaya mata lelaki dan kelahirannya lebih awal dari tarikh yang dijangkakan.

Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu terlebih dulu dikurniakan anak lelaki, Mohd Eidrees yang kini hampir memasuki usia tiga tahun.

Sumber: anzalnanasir88

SKIP THIS AD ×