berita

Genap 7 Tahun Berlalu, Kehilangan MH370 Kekal Misteri

March 8th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tahun 2014, merupakan tahun yang meninggalkan kesan mendalam buat rakyat Malaysia terutama ahli keluarga dan krew kabin Malaysia Airlines (MAS) MH370. Pesawat yang membawa 239 orang itu dipercayai terputus hubungan ketika berada 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan.

Artikel berkaitan: ‘Mama, Papa Dah Meninggal Ke?’ – Genap 5 Tahun Pesawat Hilang, Pertanyaan Anak Krew MH370 Undang Sebak

Artikel berkaitan: ‘Tiada Kubur, Tiada Pesan’ – Genap 6 Tahun Tragedi MH370, Luahan Isteri Anak Kapal Undang Sebak

Di Twitter, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai ucapan dan meluahkan rasa sedih mereka sempena genap 7 tahun hari peringatan kehilangan pesawat tersebut.

Good night MH370

Masa berlalu pantas dan sudah 7 tahun ianya berlalu. Kehilangan pesawat MH370 masih kekal misteri dalam sejarah penerbangan. Semoga suatu hari kita semua dapat tahu kebenaran mengenai pesawat tersebut.

Menjengah di ruangan Twitter, rata-rata netizen dan keluarga mangsa yakin bahawa suatu hari nanti mereka bakal mengetahui kebenaran mengenai kehilangan pesawat tersebut. Meskipun sudah sekian lama pesawat tersebut hilang, tanda pagar #prayforMH370 itu akan terus diingati oleh netizen. Setakat semalam, tanda pagar #MH370 telah menjadi trending di Twitter Malaysia. Pelbagai ucapan dan foto turut dimuat naik oleh netizen sempena genap 7 tahun MH370 hilang.

Bukan mudah untuk menulis

Sudah bertahun berlalu, cepat sungguh tujuh tahun. Perasaanya sama seperti keadaan tujuh tahun lalu semasa saya berusia 17 tahun, tapi tiada apa yang boleh kita lakukan,

Menerusi laporan Harian Metro, anak perempuan kepada ketua pramugara pesawat tersebut iaitu Maira Elizabeth Nari memberitahu bahawa kehidupan harus diteruskan walaupun sudah 7 tahun iainya berlalu dan kekal misteri.

Kami sudah tidak mahu ingat lagi peristiwa (tragedi MH370), hal sudah lama kami sekeluarga sudah lupa. Apa mahu cerita lagi, ini sedih punya hal tak nak ingat lagi.

Menurut adik ipar kepada Ketua Pramugari MH370 pula, peristiwa yang menimpa kakak iparnya itu merupakan detik yang tidak mahu diingat lagi oleh mereka sekeluarga. Bahkan, abangnya juga sudah lama tidak pulang ke kampung halaman. Mereka hanya berhubung menerusi panggilan telefon untuk bertanya khabar sahaja.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×