berita

Geram Harga Ayam Tak Turun, Wakil Rakyat Bawa Ayam Segar ‘Masuk’ Sidang DUN Perak

December 14th, 2021 | by Hariz
Isu & Kontroversi

Berang dengan isu harga ayam yang tidak diselesaikan setelah sekian lama, Adun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad bertindak membawa seekor ayam masuk ketika sesi perbahasan pada mesyuarat Dewan Negeri Ke 14 negeri Perak.

Bawa ayam tanda protes

Antara yang menjadi bualan hangat di media sosial kebelakangan ini adalah isu kenaikan harga barang mentah seperti sayur, telur ayam dan ayam yang tidak sejajar dengan kadar gaji minimum yang masih tidak berganjak dari takuk lama, menjadikan kos sara hidup semakin membebankan.

Kini, isu tersebut kembali hangat diperkatakan di media sosial selepas tular video Adun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad membawa ayam masuk ketika sesi perbahasan pada Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat Dewan Negeri Ke 14 Perak Darul Ridzuan.

Difahamkan, tindakan membawa masuk ayam mentah berkenaan adalah sebagai tanda protes kerana tiada tindakan yang diambil pihak berkuasa dan Exco Perak, Ahli Dewan Undangan Negeri Semanggol, Razman Zakaria  sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan dalam menangani kenaikan harga barangan di sana.

Sebelum 7hb (Disember) harga ayam di Gunung Semanggol sendiri sudah mencecah RM10 lebih/kilo. Lepas 7 hb keluar satu skim ‘Harga Maksima Keluarga Malaysia’ oleh KPDNHEP (iaitu) RM9.30. Maknanya apa yang berlaku di kawasan Gunung Semanggol sendiri sangat merungsingkan rakyat.

Saya terpaksa bawa ayam ini kerana sejak minggu lepas tiada satu tindakan pun diambil EXCO. Adakah dia pernah membuat dialog bersama peruncit, pengusaha dan pemborong untuk melihat dimana masalahanya.

Beliau dalam masa sama turut menunjukkan resit pembelian ayam berkenaan sebagai bukti yang ayam tersebut dibeli dari kawasan Semanggol.

Perkongsian yang dibuat wartawan Mohd Faizal Hassan dan portal Bernama di Twitter tentang tindakan Muhamad Arafat nyata menarik perhatian ramai netizen yang menyokong tindakan beliau yang disifatkan sebagai berani dan jelas menunjukkan keadaan yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×