Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki yang bakal berkahwin pada bulan Disember ini ditahan bersama dua rakannya kerana mencuri ayam milik penduduk Desa Kebun Beler, Indonesia.
Artikel Berkaitan: Tiga Pencuri Cuba Larikan Kabel Internet Dibelasah & Dibogel Penduduk Kampung
Ayam bernilai jutaan rupiah
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Tribun News, lelaki tersebut bakal melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya pada 10 Disember, namun disebabkan telah ditahan, dia tidak pasti sama ada majlis tersebut ditunda atau diteruskan.
Ya, rancangannya 10/12/ 2023 nak kahwin. Saya tak tahu ditunda atau bagaimana, masih belum ada perbincangan dengan keluarga.
Lelaki tersebut menunggang motosikal bersama kawannya untuk mencuri ayam Bangkok yang dikatakan berasal dari Thailand dan bernilai jutaan rupiah.
Setibanya di lokasi, kawannya mengambil ayam tersebut sementara lelaki itu menunggu di atas motosikal.
Kemudian mereka berdua berjaya melarikan ayam tersebut dan membawa ayam tersebut kepada salah seorang lagi suspek untuk dijual di Pasar Panorama di Kota Bengkulu.
Kami sangka ayam itu mahal, tetapi apabila dibawa ke pasaran, ia hanya dijual dengan harga IDR 80 ribu (RM24) di sana.
Disebabkan kejadian ini, mangsa segera melaporkan kejadian itu kepada Polis Ratu Agung, Kota Bengkulu.
Walau bagaimanapun, pada Ahad lalu ketiga-tiga suspek ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.
Kita berjaya menahan tiga orang suspek di mana seorang suspek merupakan penyamun dalam kes curi dan memiliki senjata tajam.
Sumber: Tribun News