berita

Giliran Suami Isteri Hina Bekas Agong Pula Digantung Kerja

January 9th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Sebelum ini seorang pekerja di Cisco Asean telah dilucutkan jawatan gara-gara tindakan melempar komen biadap menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook. Tindakan tidak bermoral itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Artikel berkaitan: Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Komen…

Terbaru, sepasang suami isteri ini bertindak melempar komen biadap terhadap institusi diraja dan telah terima padah digantungkan kerja sementara oleh majikan masing-masing.

Biadap melemparkan komen

Menurut laporan Metro Online, sepasang suami isteri ini telah bertindak biadap melemparkan komen  terhadap institusi diraja. Akibat dari itu, merela telah digantung kerja sementara oleh majikan.

Sementara itu, PEMANDU Associates memandang serius terhadap perkara ini dan telah mengeluarkan kenyataan secara rasmi di laman Facebook akan tindakan yang dikenakan kepada pekerja mereka itu. Komen biadap tersebut telah dilemparkan menerusi sebuah tweet di Twitter.

Tindakan telah diambil

Menerusi kenyataan rasmi di Facebook, firma rundingan itu pada masa yang sama akan melakukan siatan terhadap pekerjanya yang telah bertindak demikian. Bagaimanapun, firma rundingan ini telah mengambil tindakan tegas selepas laman Facebook dihujani dengan netizen.

Serangan padu netizen

Laman Facebook PEMANDU Associates dihujani dengan komen netizen yang turut marah akan tindakan sepasang suami isteri dan merupakan pekerja dalam firma rundingan ini.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×