berita

[VIDEO] Agong Dedah Haiza Penyanyi Kegemaran Almahrum Ayahanda

January 19th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Haiza

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendedahkan penyanyi Haiza merupakan artis kegemaran ayahandanya iaitu Almahrum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah.

Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Dapat Wang Tunai Daripada Raja Permaisuri Agong – ‘Tapi Bukan Untuk Saya, Untuk Baby Dalam Perut’

Artikel Berkaitan: Kejutan Penampilan Agong di Buletin Utama Gunakan Telefon Lipat Super Nipis!

Penyanyi kegemaran

Haiza

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong ketika kunjungannya ke konti stesen radio Kool 101, pada Rabu.

Almarhum ayahanda saya punya favorite artis (Haiza).

Dalam sepotong video yang dikongsikan, Haiza atau nama lengkapnya Rohaizah binti Nordin, 44, dilihat tersenyum malu selepas mendengar perkara tersebut.

Terdahulu, Al Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke Sri Pentas, ibu pejabat Kumpulan Media Prima Berhad pada Rabu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan mencemar duli membaca berita menerusi slot khas Buletin Diraja untuk siaran Buletin Utama yang disiarkan pada Rabu malam.

Video

@kool101my “Almarhum ayahanda saya punya favourite!” ???? Wahhhh! Rupanya Haiza penyanyi kegemaran Almarhum Ayahanda Yang di-Pertuan Agong ? Untungnyaaa! ?? Muaz pula memang dah hafal skrip ke macam mana eh? Ke spontan je tu? ? #Kool101 #YDPA #ydpasultanabdullah #Agong #agongmalaysia ? original sound – Kool 101

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×