Secara peribadinya, Niza memang suka mendengar lagu Laskar Pelangi dendangan kumpulan Nidji. Bagi Niza, lagu itu mempunyai satu aura ketenangan yang mampu memberi kesedaran tentang erti kesyukuran.
Malah, beberapa lagu hits mereka seperti Hapus Aku, Sumpah dan Cinta Matiku dan Bila aku Jatuh Cinta tidak pernah jemu untuk diulang dengar.
Namun, siapa sangka di sebalik kemegahan nama kumpulan Nidji di arena muzik rantau ini, kumpulan yang terdiri daripada Giring, Rama, Ariel, Adrie, Andro, dan Randy pernah terfikir untuk berpecah.
Nidji di majlis pelancaran album King of Soundtrack
“Ya. Kami pernah berfikir untuk berpecah. Ada satu momen di mana kami sudah serius untuk berpecah dan saya ditawarkan 1 billion rupiah untuk keluar daripada Nidji sesudah kejayaan Laskar Pelangi.
Kita sampai tidak bercakap antara satu sama lain. Tapi akhirnya satu persatu balik pada asalnya dan kami berenam akhirnya mengerti bahawa fame dan fortune itu bullshit. Apa yang benar pada kami ialah untuk reka muzik baru.
Dan saya juga tidak mungkin bisa berkarya sama dengan hasil bersama Nidji kerana Nidji itu bila masuk ke studio rakaman gaya adanya magic .Maka, tidak mungkin saya bisa seperti itu ditempat lain.”
Itulah luahan perasaan Giring semasa diajukan persoalan mengenai isu tersebut. Ya. Mungkin muzik yang dihasilkan oleh Nidji lebih istimewa dek kerana keserasian mereka.
Mereka juga tidak lokek untuk bercerita mengenai pengalaman manis bergelar pemuzik apabila seorang wanita tua memberitahu mereka bahawa dia kembali bersemangat untuk hidup dek kerana lagu Laskar Pelangi.
“Nenek itu hadir bersama cucunya. Lantas memberitahu bahawa dia sudah kehilangan sebelah payudaranya kerana kanser. Namun, apabila dia mendengar lagu Laskar Pelangi, dia rasa lebih bahagia dan bersyukur.”
Jadi, buat para peminat Nidji sekalian, jangan lupa untuk mendapatkan album King of Soundtrack yang kini sudah pun berada di pasaran.
Sebelum itu, bersempena bulan Ramadhan penuh keberkatan ini, apa kata kita dengarkan lagu Laskar Pelangi. Semoga kita semua akan sentiasa bersyukur dengan pemberian rahmat dariNya.