Sebut je Watsons, pasti dalam kepala dah terbayang kedai rangkaian penjagaan kesihatan dan kecantikan kegemaran ramai ni kan? Buat pelanggan setia Watsons, mesti korang dah tak asing lagi dengan jenama penjagaan rambut dan badan iaitu Naturals by Watsons!
Dengar cerita, Naturals by Watsons kini berwajah baru dan terdapat dalam pelbagai varian menarik. Jom kami kongsikan!
Formula yang dinaik taraf dengan lebih dari 90% bahan semula jadi
Kalau korang tengok di pasaran sekarang, produk vegan telah menjadi trend disebabkan ramai kini yang lebih peka tentang alam sekitar dan cenderung untuk memilih produk yang berasaskan tumbuhan semulajadi. Haa..kalau korang nak tahu, Naturals by Watsons adalah 100% vegan dengan lebih daripada 90% bahan semula jadi tau!
Yang paling penting, produk ini juga tidak mengandungi 10 bahan kasar yang biasanya terdapat dalam produk kecantikan serta setiap formula telah pun diuji secara dermatologi dan diluluskan oleh ahli toksikologi bertauliah EUROTOX.
Jadi, korang tak perlulah risau lagi bila menggunakan Naturals by Watsons ni!
Bukan itu saja, Naturals by Watsons juga sangat pentingkan alam sekitar, di mana setiap produk dihasilkan di bawah ISO 14001, tidak pernah diuji pada haiwan, dan dibungkus dengan plastik kitar semula pasca pengguna.
Terdiri daripada ramuan asal semula jadi dari seluruh dunia..
Antara variasi produk Naturals by Watsons adalah:
Aloe Vera dari Mexico
Dikenali sebagai “tumbuhan ajaib”, Aloe Vera bukan sahaja dapat melegakan kulit sensitif, malah ia juga berupaya untuk menguatkan serta menghidratkan rambut, terutamanya buat korang yang ada masalah kulit kepala berminyak dan berkelemumur.
Argan dari Morocco
Minyak argan merupakan minyak yang sangat bernilai dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah rambut yang sangat kering atau rosak. Ia juga dapat membantu menjadikan kulit korang lebih cerah dan berseri. Tak hairanlah ia digelar sebagai “cecair emas”.
Olive dari Itali
Dikenali sebagai kebaikan Mediterranean, minyak zaitun mempunyai pelbagai khasiat dalam melembapkan dan mengekalkan kelembapan dalam tempoh yang lama. Ia juga sangat sesuai buat mereka yang mempunyai rambut yang kering dan rapuh.
Prestige Rose dari France
Sebut je bunga mawar, dah terbayang keharumannya. Mawar juga digelar “ratu bunga” dan mempunyai fungsi untuk melembutkan serta memberikan kulit yang halus bak sutera.
Cica dari India
Digelar sebagai “ramuan keajaiban hidup”, cica adalah bahan asal semula jadi yang boleh memperbaiki, serta dapat melembapkan dan membuatkan kulit terasa segar sepanjang hari.
Hibiscus dari Egypt
Bunga Raya ataupun dikenali sebagai “ratu bunga tropika” sememangnya terkenal dalam memulihkan rambut yang rosak serta dapat membantu mengembalikan rambut agar menjadi lembut dan bersinar.
Tea Tree dari Australia
Ramai yang mengetahui bahawa tea tree merupakan tumbuhan yang telah digunakan untuk tujuan perubatan sejak dari zaman dahulu. Malah, ia juga membantu memberi kelegaan pada kulit kepala yang gatal. Tak hairanlah ia digelar sebagai penawar tradisional.
Ginger dari Sri Lanka
Digelar “rahsia kecantikan berabad”, halia sememangnya menyimpan pelbagai khasiat untuk membangkitkan aura, melembapkan rambut, menghilangkan sebum dan kelemumur, serta menyuburkan kulit kepala korang.
Blood Orange dari Itali
Buah oren memang tinggi dengan antioksidan dan merupakan bahan yang baik untuk kulit yang sihat dan cerah. Buat korang yang inginkan kulit yang cerah dan cantik, buah oren ataupun “buah luar biasa” memang pilihan yang tepat!
Coconut dari Thailand
Buah kelapa ataupun dikenali sebagai “buah kehidupan” bukan hanya boleh membantu menghidrat dan menyegarkan kulit, malah ia juga berkesan dalam mengekalkan kelembapan. Ia juga merupakan bahan yang penting dalam penjagaan rambut bagi mereka yang mempunyai masalah rambut rapuh dan leper.
Chamomile dari Spain
Selain dijadikan perasa teh, chamomile juga dianggap sebagai “bunga anugerah alam” kerana manfaatnya yang dapat menenangkan, di samping melembutkan dan melindungi kulit.
Coffee dari Africa
Selain menjadi minuman kegemaran ramai orang, kopi yang juga digelar sebagai “minuman para dewa” merupakan bahan yang dapat mengatasi masalah keguguran rambut serta dapat menegangkan kulit.
Baru-baru ini, Naturals by Watsons telah melancarkan stesen pengisian semula di Watsons Sunway Pyramid!
Sangat prihatin dengan alam sekitar, Naturals by Watsons juga telah memperkenalkan stesen isi semula (refill station) di Watsons Sunway Pyramid, sebagai inisiatif untuk pengurangan plastik.
Daripada membeli botol yang baru, korang boleh mengambil salah satu botol plastik kitar semula untuk mengisi semula syampu, sabun badan, perapi dan sebagainya. Dengan ini, kadar penggunaan plastik akan berkurangan sehingga 58% tau!
Macam mana nak isi semula? Mudah je..
LANGKAH 1: Ambil satu botol plastik dari rak dan isi dengan produk Naturals by Watsons pilihan korang
LANGKAH 2: Labelkannya dengan pelekat ikon atau pelekat maklumat produk
LANGKAH 3: Bawa ke kaunter dan bayar
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Watsons.